Nyanyi Sunyi (Amir Hamzah)

Nyanyi Sunyi
Kulit, pencetakan ketiga
Umum
PengarangAmir Hamzah
NegaraHindia Timur Belanda
BahasaBahasa Melayu
GenreHimpunan puisi
Penerbitan
PenerbitPoedjangga Baroe
Tarikh penerbitan
November 1937 (1937-11)
Jenis media
Cetak
Halaman31 (edisi ketiga)

Njanji Soenji (Ejaan Sempurna: Nyanyi Sunyi); ialah sebuah himpunan puisi tahun 1937 oleh Amir Hamzah. Ditulis beberapa ketika selepas beliau dipaksa berkahwin dengan puteri Sultan Langkat, himpunan ini mengandungi 24 buah puisi berjudul dan beberapa buah puisi prosa. Ia dikatakan susah untuk dibaca, dan bentuknya lebih bebas daripada puisi Melayu tradisional. Analisis himpunan menunjukkan ia tertumpu kepada tema-tema Tuhan dan hubungan-Nya dengan manusia, serta beberapa aspek kemanusiaan. H.B. Jassin melihatnya sebagai percubaan untuk menangani masalah duniawi Amir. Himpunan ini sukar untuk dibaca disebabkan penggunaan kata bahasa Melayu dan Jawa yang jarang-jarang digunakan umum, dan kerana ia diasaskan atas budaya Islam serta sejarah Melayu. Namun demikian, Nyanyi Sunyi dikatakan lebih bebas dalam bentuknya berbanding dengan puisi asli Melayu, dengan apa yang diperikan oleh pemuisi Chairil Anwar sebagai ayat-ayat yang "ganas bernas, tajam, namun pendek"[1] yang membawa gaya baharu kepada bahasa Indonesia.

  1. ^ Raffel 1970, m/s. 175.

Developed by StudentB